Pink rangers followers

Nuffnang

September 2, 2014

2nd September 2014

Assalamualaikum..

September datang lagi...pantasnya masa berlalu meninggalkan kita..Tanggal 2 Sept 2014, negara kita menerima 9 lagi jenazah tragedi MH 17 so sekali lagi kita bertafakur bagi menghormati mangsa nahas MH 17. Seiring dengan hujan yang mengiringi seolah-olah turut sama bersedih dan semoga ianya memberi rahmat kepada mereka yang telah pergi..amin..

Pada hari ini juga, aku kehilangan seorang lagi pakcik ku yang aku panggil pak Njang. Pak Njang ni suami kepada adik abah aku la...dah lama dah la juga di sakit semenjak dia kemalangan. Bertambah-tambah lagi kesedihan aku hari ini..

Apa pun yang pergi tetap pergi..setulus doa aku panjatkan semoga semua roh mereka yang telah pergi agar tenang dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Kepada kita yang masih hidup..kematian itu merupakan satu peringatan kepada kita yang masih lagi bernyawa. Apakah kita sudah cukup bersedia seandainya malaikat Izrail mencabut nyawa kita ketika ini. Nauzubillah..sungguh aku benar-benar tidak bersedia..tetapi pada masa yang sama aku masih lagi leka. Ya Allah..subhanallah..

Apa kebaikan dan amalan aku pada hari ini..

1. Sepanjang perjalanan ke tempat kerja..aku tidak putus2 membaca surah al- Fatihah selain untuk sedekahkan kepada arwah pak njang dan mangsa tragedi MH 17 itu azam aku untuk ketika waktu aku memandu aku pasti akan basahkan lidahku dengan zikir dan al-Fatihah.

2. Cuba untuk mengikhlaskan setiap apa yg aku lakukan di tempat kerja adalah satu ibadah. Cuba mengembirakan dan menyenangkan hati semua pekerja-pekerja aku dan sentiasa berfikiran positif tanpa prangsangka kepada mereka.

3. Balik kerja...since aku off so seboleh mungkin aku tidak mahu anak2 aku terus terleka dengan dunia gadget...so kalo aku x nak diorg dgn gadjet aku juga mesti x tgk gadjet..so sepenuh tumpuan dan perhatian aku tumpukan pada anak-anak. Alhamdulillah malam ni berkesempatan mengajar kakak membaca.


Keburukan.

1. Aku masih ada lagi sifat tidak bersyukur, tidak berpuas hati, segala-galanya tidak..astaghfirullahalazim...Ya Allah lembutkan la hatiku..

2. Hati masih rasa dendam dan sakit pada seseorang...setiap selepas solat sering aku titipkan untuk aku memaafkan diri-Nya tapi hingga kini perasaan amarah itu masih lagi terbeban di fikiran dan bahu ku.. Ya Allah bantulah aku..


Ermm...so itu aja catatan jurnal aku pada hari ini...Al Fatihah buat semua kaum muslimin dan muslimat sama ada yg telah pergi menemui Illahi dan kepada semua yang masih lagi diberi kesempatan menghirup udara di bumi Allah ini..


Salam...


Srikandiazie

No comments :

Post a Comment

Nuffnang2