Pink rangers followers

Nuffnang

August 28, 2017

Memori Umrah - Saat keberangkatan 25/05/2016

#Throwback

Assalamualaikum...Alhamdulillah ada 25/5/2016 aku sekeluarga bersama mak dan abah telah berangkat menunaikan Umrah. Even dah 5 bulan berlalu, lantaran kesibukan aku akan tetap mengabadikan coretan sebagai sebuah kenangan yang terindah di dalam perjalanan hidupku. 

Perjalanan kami diuruskan oleh LTH Travel. Aku sekeluarga mengambil pakej Topaz memandangkan aku membawa kedua ibu bapa sudah tentu faktor jarak yang berdekatan dengan masjid aku titikberatkan memandangkan abah aku sering mengalami bengkak kaki. Alhamdulillah dari peringkat permulaan pendaftaran sehingga urusan passport semuanya berjalan dengan lancar. Cuma yang agak mencabar bagaimana hampir setahun aku mengtarbiahkan anak-anak aku untuk ke sana sebab faham la kan nak bawa anak-anak ni bukanlah satu perkara yang mudah lantaran niat kita di sana untuk mengerjakan ibadah, tetapi Alhamdulillah berkat doa yang tidak putus -putus Allah makbulkan doaku untuk membawa kedua ibu bapa serta semua anak-anakku menjejaki bumi suci Mu Ya Allah...Makkah dan Madinah.
Aku sekeluarga bertolak dari Brunei pada hari Jumaat 23/05/2016 dan kedua ibubapa ku bertolak pada hari yang sama dari Penang ke Kuala Lumpur. Terima kasih kepada adik sekeluarga sebab menemani mak dan abah ke KL. Manakala anchik dan ain handle urusan penginapan dan pengangkutan kami bila sampai kat KL. Malam tu kami check in kat Pullman Hotel dekat ngan airport aja pun..TQ adik sponsor bilik we all semua. Kami stay dua malam kat Pullman sebab sabtu tu of cos nak bagi mak abah dan anak2 rehat kan sebab keesokkannya dah nak bertolak kan.

Ahad setelah masuk aja waktu Zuhur aku sekeluarga bersiap sedia mandi sunat ihram dan solat sunat ihram. Since aku uzur aku just mandi sunat ihram aja then semuanya mengenakan persalinan putih. Sungguh tenang dan pilu bila melihat semua berpakaian putih. En singa, abah dan Ajmal siap berihram dari hotel lagi.

After solat ihram we all bertolak la ke KLIA...perasaan ermm tak dapat digambarkan betapa berdebarnya perasaan tp dalam debaran rasa gembira sangat sebab setahun perancangan berjalan seperti yang direncanakan. Alhamdulillah sgt2..niat nak bawak mak dan abah serta anak-anak termakbul...alhamdulliah syukur sangat2..


Belum apa2 lagi dan nak milk dah budak ni...heheh sabar aja la...layankan aja...ni atan mama ni..



Dalam flight...satu-satu mainan mama keluarkan ...maklumla perjalanan jauh lagi...mula-mula diorg ni explore sana sini..nasib baik ada citer best dalam flight...alhamdulillah we all dapat business class...x sangka wokey....syukur la..aku dapat sediakan yang terbaik buat mak dan abah...



To be continue....insyallah..

No comments :

Post a Comment

Nuffnang2