Assalamualaikum..
First of all terlalu sedih tengok blog yang umpama hidup segan mati tak mau ni..hampir 5 bulan tidak berisi dengan coretan...sebenarnya terlalu baca catatan yang hendak dikongsi, disimpan, diceritakan, dan untuk diluahkan tetapi masa terlalu mencemburui aku..
Kesibukan sebagai seorang isteri, ibu dan pekerja membataskan segala-galanya...apa yang penting keluarga harus diutamakan terutama sekali anak-anak..semuanya memerlukan perhatian yang sewajarnya. Ternyata walaupun sudah hidup 37 tahun nampaknya time management aku masih ke laut...walaupun sudah berjadual apa yang perlu dilakukan tetapi siapala aku..perancangan mesti ada...tetapi yang menentukan tetap diri-Nya.
Sebagai manusia aku akan cuba yang terbaik untuk membahagikan masa bagi melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan.Insyallah. Benar diperkatakan rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara...
KAYA SEBELUM MISKIN
SIHAT SEBELUM SAKIT
MUDA SEBELUM TUA
LAPANG SEBELUM SEMPIT
HIDUP SEBELUM MATI
Sepanjang bulan ini, aku kehilangan dua orang rakan seperjuangan..seorang rakan sekerja masa di Cheras, seorang lagi rakan belajar masa di UNITAR. Benar mati itu pasti..tak mungkin kita menghindari, tak mungkin kita bisa lari...ajal itu pasti menemui. Sesungguhnya kematian itu meninggalkan kesan yang mendalam kepada kita yang masih hidup... Al Fatihah buat temanku Khasana Shamsuddin dan Faridahtul Sani. Semoga kalian tenang di sana. Amin..
Sememangnya apabila berlaku kematian, kita akan sentiasa menginsafi diri..adakah kita sudah bersedia untuk menghadapinya...kalo tanya pada aku..mmg aku masih belum bersedia...aku akan sentiasa berdoa semoga umurku panjang kerana aku tidak sanggup anak-anak ku kehilangan ku pada usia yang masih kecil...tp siapa kita untuk menentukannya sememangnya sudah tertulis kan jodoh, pertemuan, ajal dan maut serta rezeki di loh mahfuz, cuma kita yang mesti mengingatkan diri kita untuk terus beramal seumpama kita akan mati pada esok hari.
Tetiba no ideas nak menulis...sambung di lain kali...
Semoga blog ini akan terus hidup untuk aku terus menitipkan kenangan hidup ku...
Pink itu kelembutan, feminin dan duniaku yg penuh fantasi....merah itu keberanian, cinta, dari darah yg mengalir dlm diri srikandi....
No comments :
Post a Comment