Today 08/08/2011.....entry ni ditujukan khas untuk insan yang tersayang...sapa lagi hubbyku yang tercinta....
Engkaulah anak harapan kedua ibu bapamu, sanggup berbakti terhadap keduanya..walaupun tak terbalas jasa keduanya tetapi engkau lakukan sehabis daya....anak bongsu kesayangan semua anak manja buat si ibu, anak paling nakal buat si ayah dan adik yang memeningkan kepala buat abang dan kakak-kakak..sunggupun begitu engkau tetap disenangi dan disayangi semua kaum keluarga...
Engkaulah juga segalanya buat isterimu, teman, sahabat dan suami yang terbaik buat isterimu. Dikala isterimu di dalam kesusahan, engkau datang meringankan bebannya...dikala isterimu gembira, engkau tambahkan dengan senyuman, tika isterimu kesakitan engkau bersama menggengam tangan merasai sebahagian kesakitan...tika isterimu kesesatan engkau hadir memberi bimbingan....
Engkaulah segalanya buat anak-anakmu, along, angah dan achik..menghiasi segala gelak tawa anak2, sanggup berkorban nyawa dan harta demi anakmu tercinta, bekerja kuat buat anak2 mu untuk memastikan anak2 mu hidup penuh terbela, sanggup bersengkang mata tatkala anak2 mu kesakitan...sanggup menempuh kesusahan demi kesenangan anak-anakmu..
Terima kasih yang tidak terhingga atas pengorbanan yang telah engkau korban dan curahkan kepada diriku, ibu bapa dan anak-anak2mu..Isterimu ini sentiasa mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan dan kasih sayang berkekalan sepanjang hayat. Terima kasih yang tidak terhingga kerana menerangi hidupku dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang...
Buat dirimu suamiku aka papa @ Mr Singautara
Selamat Menyambut Ulangtahun yang Ke 34...Semoga dirimu sentiasa diberkati Allah, dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia dan dirahmati Allah hendaknya....
Happy birthday to u....
No comments :
Post a Comment