Tuan Puan Yang Budiman,
Di sini saya ingin meminta pertolongnan untuk membantu menghulurkan sumbangan bagi mengutip derma untuk pembinaan Surau Al Yumni di BK9. Pembinaan surau ini telah mendapat kelulusan daripada JAIS/MAIS serta pelan surau dan tapak surau juga telah ada. Cuma kekangan kewangan sahaja yang menyebabkan surau ini tidak dapat dibina lagi.
Kami juga mengalu-alukan sumbangan peribadi Tuan Puan disamping menggalakkan Tuan Puan menghantar nama dan alamat potential dermawan yang boleh menyumbang kepada dana ini.
Sesungguhnya ganjaran pahala yang besar menanti Tuan/Puan diatas setiap ringgit yang diinfakkan untuk meninggikan syiar Islam berdasarkan firman Allah didalam al quran.
“ Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan infaqkanlah sebahgian harta yang Allah telah menjadikanmu menguasainya. Maka orang-orang yang beriman diantara kamu dan berinfaq, bagi mereka itu ada ganjaran yang besar” (Surat Al-Hadid: 7)
" Dan belanjakan harta bendamu pada jalan Allah dan janganlah kamu campakkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, berbuatlah kebaikan kerana Allah amat menyayangi orang-orang yang berbuat kebaikan." (Al-Baqarah : 195 )
" Sesungguhnya orang-orang mukmin yang sebenarnya (adalah) orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Rasul - Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta benda dan jiwa raga mereka ke jalan Allah, merekalah orang-orang yang benar-benar beriman." (Al- Hujurat: 15 )
Segala sumbangan dan derma boleh dibuat melalui cek atau pindahan kredit ke akaun semasa
Maybank Islamik Berhad bernombor -5628 5200 3435 atas nama SURAU AL-YUMNI. Sumbangan tunai juga boleh dibuat dengan menghubungi penama berikut:
En Abdul Hakim bin Mohamed Mohideen 012-2263096 (Pengerusi)
Hj Mohd Naser bin Husin
En Anuar bin Mohd Isa
Semoga dengan terbinanya Surat Al Yumni dapat memberi manfaat kepada seluruh kaum muslimin di kediaman Warna, Spectra, Sinar dan Senja di samping dapat mengimarahkan surau tersebut dengan aktiviti-aktiviti keagamaan untuk kaum bapa, kaum ibu dan anak-anak kita.
Allah pasti memberkati kehidupan Tuan Puan.
Wassalam
b/p AJK Surau Al- Yumni, BK9
No comments :
Post a Comment