Assalamualaikum...
Tgk pada tajuk entry tu..ambik ngko..dalam sejarah lagi. Uwaa macam nak menangis bila teringat peristiwa ni..mmg dalam sejarah fobiaaa aku rasa.
Citer dia mcm ni hari Sabtu tu mmg aku plan nak ajak laki aku pi SOGO ader la barang nak shopping sket. Aku plan nak pi ngan laki aku aja so leh la aku terlajak ker jalan TAR nanti kan alang2 dah ke sana shopping terus la baju raya ker apa. Tp biasa la laki aku ni dia kalo bleh pi mana-mana semua anak beranak dia nak usung bapa mithali la katakan..aku la yg moncunngg yer la tak tenang nak shop2 ok..
So dlm 10.30 kitarog pun bertolak ler ke SOGO bawak la si Ajmal ngan Amni, Yumna harus tinggal la nak ke tempat2 orang ramai tu..wuishh tak kuasa aku. Ok la shopping berjalan dengan lancarnya then semua barang yang aku nak dah dapat dari ground floor kitaorg pergi ke bahagian budak..Elok dah siap sedia nak keluar SOGO since laki aku bawak stroller kan so we all guna la lif..
Kat sini la nak jadi citer ni. Elok lif terbuka mmg tak da orang kt dlm lif nak turun bawah tu ajmal dah terlepas masuk elok laki aku nak masuk, pintu lif tertutup ngko Ajmal dah terlepas ke dalam dah ni, aku picit2 button pun lif tu laju aja turun ke bawah...Uwwaaaa aku gabra, panic nak nangis semua ada..Laki aku cepat2 bagitau kt guard kt situ suruh inform kt guard bawah yg anak aku dah terlepas ke bawah. Aku plak dok tengok la kat mana lif tu pergi..adoii..mcam nak luruh jantung aku tuhan saja yang tahu. Memang meroyan aku woiit tapi aku bleh buat cool lagi..malu la kat org ramai kat situ. (Sempat cover beb) Aku tgk lif tu turun ke LG yang laki aku plak turun thru escalator dah.. kaki dia kan panjang menonong aja turun escalator siap ckp emergency2 lagi kt orang2 yg naik escalator. Tu la org malaysia ni bertimbang rasa siap bagi jalan lagi kt laki aku. Yang aku ni dok tercegat lagi kt depan lif tu dok memikir nak turun ke tak..and at the same time aku dok tgk la jugak lif2 yang naik ke atas kot2 la ada ajmal. At last guard tu ckp better aku turun ke LG coz dia dah inform guard kat LG tu. Aku pun turun la...sampai kat LG ajmal tak da jugak..tanya guard kt situ pun dia cakap dah dpat info tapi tak nampak Ajmal ,uwaaaaa mmg aku rasa lembut lutut2 wooittt anak aku hilang..macamana nak cari orang ramai2 ni...macam2 aku pikir takut dia keluar SOGO tu nanti...teringat la plak budak yang hilang kat SOGO tu at last jumpa kepala dah botak. Nangis aku sambil tolak stroller yang laki aku ntah ke mana la mencarinya..
Aku telefon laki aku dia kata still tak jumpa lagi..aku naik plak ke G cari customer services coz aku tak dengaq lagi announcement sbb aku ingat laki aku dok melalau lagi mencari..elok nak sampai kat counter customer services tu aku dengar announcement
" Sesiapa yang ternampak seorang budak lelaki, berbangsa Melayu, berumur 4 tahun memakai baju oren dan berseluar jeans sila ...bla..bla..customer services aja aku dengaq" fikiran aku tak concentrate ngko sbb mata aku dok melilau cari ajmal..
Suddenly, Ajmal muncul peluk aku dari belakang sambil nangis2 uwaaa terus aku peluk dia adoiii syukur alhamdulillah..ada one malay family bawak dia nak ke customer services. Nasib baik la at the same time aku pun nak menghala ke customer services tu. Cepat2 aku call laki aku cakap dah jumpa. According to Malay family tu, diorg nak ke basement parking from LG, suddendly tengok ajmal keluar lif tu sorang2 then diorg terfikir la ' Eh mana parents budak ni' terus diaorang pegang dia coz nak bawak ke customer services.
To the Malay family tu terima kasih banyak2 la aku gabra + panik punya pasal tak sempat nak tanya nama ker apa. Cuma aku laki bini sempat ucap terima kasih banyak2 aja.. tp yang kelakarnya masa laki aku mai kat aku tu ada la 4, 5 orang SOGO guard dok mengekor laki aku..waaahhh HARI INI DALAM SEJARAH la...Syukur alhamdulillah..nasib baik la lif tu ke LG kalo la dia ke basement parking macamana la yek...nauzubillah la kalo fikir...
So after that terus kitaorg balik la ..x jadi nak ke Jalan TAR ketaq tak habis lagi...addooii...syukur alhamdulillah ajmal tak apa2..
Moral of the story, to all parents tolonglaa jangan leka walau sesaat pun dengan anak2 ni. Macam kes aku ni, laki aku terleka jap la ni usually laki aku ni mmg org dia very the very alert la kalo shopping bawak anak2 dia la yang selalu monitor ke sana sini. Ngan aku ni tak leh harap sket coz aku ni selalu leka sokmoo tambah2 kat shopping complex kan mata tu melilau tgk itu ini sbb tu kalo shopping aku tak suka bawak anak2 biasala pompuan kan. Ni laki aku leka jap aja then lif kat SOGO tu sensor dia mcm tak working sgt la..even laki aku dah masukkan stroller pun pintu lif tu terus tertutup aja..serik dah aku nak pi SOGO. Lagi satu ibu bapa tu kalo boleh sediakan business card letakkan kat dlm poket ke, beg anak ker. Selalunya laki aku buat mcm tu dia letak business card dia kat dalam poket ajmal kalo nak pegi tempat2 org ramai macam tu tapi hari tu dia punya business card tak bawa la plak. Yer la benda nak jadi kan..Hati2 ya bila nak shopping raya tu.. :>
Pink itu kelembutan, feminin dan duniaku yg penuh fantasi....merah itu keberanian, cinta, dari darah yg mengalir dlm diri srikandi....
No comments :
Post a Comment