Pink rangers followers

Nuffnang

May 7, 2010

Coretan Hari Ibu

Assalamualaikum...

Sempena sambutan Hari Ibu ingin aku mencoretkan cabaran ibu masa kini. Rata-rata kehidupan masa kini yang terlalu mencabar dan taraf hidup yang semakin meningkat memaksa ibu, mama, mak,umie atau apa saja panggilan berdepan dengan 1001 macam ragam dan masalah.

Cabaran dan peranan ibu masa kini sangat mencabar. Sudahla terpaksa bekerja berganding bahu dengan si suami bagi membantu meningkatkan ekonomi keluarga, peranan sbg seorang isteri mmg x dapat dielakkan ditambah pulak dengan sebagai seorang ibu kepada anak2 wawasan terlalu berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Tp nak wat mcamana itu sudah tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah.

Untuk itu, ini menjadikan ibu2 masa kini menjadi supermom kepada anak2 mereka. Persekitaran kehidupan anak2 kita yang tidak pernah mengenal erti kesusahan, di tambah pula gejala sosial yang mengila menjadikan aku rasa terbeban di bahu ku untuk aku memilih cara yang terbaik untuk mendidik anak2 ku...
Of course jalan terbaik nilai2 agama aku terapkan dari peringkat bayi lagi..tetapi sebagai manusia kadangkala aku sendiri juga terleka dan terlalai sehinggakan aku terpaksa outsource kan pendidikan tersebut kepada tadika.
Bagi mmenuhi keperluan dan kehendak keluarga..sememangnya satu pengorbanan yng besar harus kita korbankan. Sometimes kita bleh rasakan tiada masa untuk diri kita sendiri..tp itu lah sudah dinamakan seorang ibu naluri keibuan tu terlalu tulus sehinggakan apa saja yang dilakukan dengan rela tanpa paksaan dan ikhlas demi suami, anak-anak dan keluarga tercinta.

Untuk itu, kepada semua wanita2 yang telah bergelar ibu, berbanggalah dengan anugerah yang telah diberikan..kerana anda sememangnya layak digelar SUPERMOM.

SELAMAT HARI IBU...



Notakaki : Buat mak dan mak mertua tersayang...SELAMAT HARI IBU. Terima kasih atas segala pengorbanan yang telah diberikan. Engkaulah ratu hatiku....

No comments :

Post a Comment

Nuffnang2