Pink rangers followers

Nuffnang

July 28, 2009

Turn to 31

Aku dilahirkan tepat jam 8.30 malam pada 29.07.78 31 tahun yg lalu..tak sangka pejam celik..pejam celik..sudah mencecah ke angka 31 perjalanan hidup aku di muka bumi ini. Dari seorang anak kecil yang tidak mengerti apa2 aku menongkah arus kehidupan hasil daripada didikan dan asuhan mak dan abah. Terima kasih abah atas kudrat mu yang berkerja kuat untuk mencari rezeki demi membesarkan aku. Tak lupa juga buat mak yang amat aku sayangi atas pengorbanan, didikan, doamu yg tidak jemu2 dalam memberikan didikan yang terbaik buat diriku. Melangkau aku ke alam kanak-kanak yang penuh warna warni kegembiraan..aku tempuhinya dengan penuh keceriaan meskipun aku tidak pernah mengerti apa2.

Usai sudah alam kanak-kanak aku menyusuri alam remaja yang penuh pancaroba...di mana aku tercari-cari identitiku sendiri, kuat memberontak, ingin mencuba apa sahaja yg terlintas di fikiran..bermula alam persekolahan sehingga aku menjadi seorang graduan. Alam remaja ku tidaklah seceria remaja skrg..plainn aja.. family aku sederhana ajaa...maklumler abah aja yg bekerja..sungguhpun begitu hidup kami bahagia..tidak lah semewah mana...
Atas kesedaran itu la..aku sudah bekerja seawal lepasan SPM lagi..bukan untuk apa tp sekadar untuk mencari duit lebih hanya untuk meringankan beban abah. Begitu juga apabila cuti semester..bagiku walaupun gaji aku hanya 180 ringgit..50 ringgit akan aku bagi jugak kat mak n abah...rasa wah..sukernya..bila dpt bagi mak ngan abah duit...tp itu dulu...zaman remaja itu telah berlalu...


Tika waktu aku menginjak ke alam pekerjaan..penuh suka duka pada peringkat awalnya..aku mula bekerja setelah tamat diploma mengenangkan anchik baru tamat SPM dan akan masuk U. Sebagai kakak aku beralah untuk memberi jalan kepada anchik plak menjadi seorang mahasiswa. Namun semangat untuk belajar tak pernah padam sambil bekerja aku menyambung pelajaran...naik turun carta hidup aku..setelah penuh onak dan duri ranjau segala macam akhirnya aku berjaya juga mengenggam segulung ijazah..dan alhamdulillah...ditamatkan pencarian pekerjaan ku pada ke satu noktah....biarlah rahsia...di alam ini aku mula mengenali apa itu cinta...herm..panjang kisah cinta ni...nnt2 la aku citer..





Dipendekkan cerita..setalah 31 tahun berlalu, hari ini aku memajatkan kesyukuran yang tak terhingga ke hadrat Illahi kerana masih lagi diberi ruang waktu untuk aku bernafas di bumi Allah ini. Meskipun aku sering terleka dengan nikmat dunia, tetapi saban solat ku aku sentiada berdoa semoga Allah tetapkan hati dan dan sentiasa tunduk pada perintahnya..Hari ini genaplah usia ku 31 thn..berjuta pahit manis telah aku tempuhi..aku bersyukur sgt akan kehidupan aku kini..dikurniakan seorang suami yang sgt menyayangi diriku..anak2 yang mengkucar kacirkan hidup ku..pekerjaan yang alhamdulilah stabil, hidup aku sekeluarga bahagia..cuma..ada beberapa perkara lagi yang belum aku capai...untuk ke tahap itu..aku perlu melipatgandakan usaha..apa kah impian itu..herm..well..biarlah ianya menjadi rahsia bila sampai masa dan ketikanya..wah...anda semua akan berkata..wah..itu kah SRIKANDIAZIANA...YA itu la aku..kekkekee

sorry ayat lintang pukang sket..kelam kabut ler ngan bdk2 ni..habih idea mama ni haaa..


No comments :

Post a Comment

Nuffnang2