Pink rangers followers

Nuffnang

Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

May 15, 2014

Amni dan 15.5.2014

Assalamualaikum..

A month ago dah berkicau mulut si Ajmal tau ckp pasal this month is Kakak birthday...Ajmal mmg dia ingat semua birthday adik-adik dia...so this year mmg aku plan nak celebrate birthday Amni kat sekolah dia aja...kalo ikut sejarah..mcm Ajmal dulu pun 3 thn sekolah kindi setahun mesti ada celebrate kat sekolah..

So of cos yang pertama skali kena cari tokey kek la...kalo kt KL x risau loll bersepah tokey kek tp kat sini kat mana nak cari..kekekke..tp ala...nama pun Malaysia kan...cari punya cari..jumpa la..tokey kek kat Limbang tgk gambaq kek2 dia teruja wokeh..plus mmg sedap kek2 dia..ok jap lagi aku bagi link dia..

Bagi Amni tengok koleksi kek2 kat fb Diq..so view punya view..she come out her own ideas la base on gambaq2 kek tu...
Idea kek dia ermmm Mama...i want choclate cake with mermaid picture..heart shape and with pink and purple..itu la yg aku bagi kat tokey cake so pandai2 la tokey kek tu create...and the hasilnya tadaa....cantik..sgt berpuas hati.. :)

 
Tapi ka nak cari gambaq mermaid tu pun bkn main susah hei...tahu aja la..mermaid kan pakai seksi ..pakai bra aja...ater..semua gambaq tgk mcm 18sx aja..ermmm aku rasa idak ler sesuai nnt nak bawa pi sekolah..walaupun kartun karakter kan...cari punya cari..dapat la gambaq ni ..aku rasa ok la drp yg lain...pandai ok bila aku tunjuk kt dia...Amni ckp its not exactly mermaid...fuh...nasib ngko ler..

The day before tu time cuti hari wesak aku bagi ler extra keja kt maid aku ..tolong pack2 kan party park x der la bnyk pun..dlm 20 pck aja...ok la kan buat kawan kek...sebab aku x order makanan pun mmg makan kek semata...biasa ler...aku ni idak ler seorang ibu yang rajin kan...

Simple party pack ajo

Ok buat kakak @ angah @ Amni @ Yusrina...Selamat hari Lahir yang ke 6 ye sayang..dah 6 tahun dah tolongla..jgn mood swing..swing awak tu...pening mama +papa+bibik + teacher + ustaz dan kengakawan awak tu nak melayan perangai moody dan suka mengamuk awak tu ...jgn dok ikut kepala sendiri sgt...dengar cakap mama, papa, bibik, teacher, ustaz dan kengakawan awak tu..Kawan-kawan awak semua prihatin kt awak..tp awak tu jer kalo mai mood puting beliung tu seduit pun x guna tau. Mama selalu baca ayat pelembut hati kt kepala kakak bila kakak tidur.







A happy kakak...


Be a good daughter, sister, and student. Kalo mama pangei solat jgn dok buat muka seduit yek..kalo mengaji tu bersemangat la sket...ni dok buat muka bebai...tp kalo bab tgk tv, main tab serah la kt awak..tp mama tau awak mmg minat sgt art and craft..mama will support your interest. dun worry saya..


Going to be mama best fren for shopping

We love u kakak Yusrina Amni..Happy Birthday, sweet 6th .... :)


May 15, 2012

Today her Birthday...

Assaalamualaikummm...

Memulakan entry kali ni dengan gambar si Amni @ Angah @ Cenderalella mama...Today her birthday come again for 4 years old. Semakin peningkatan usia semakin aku xcited melihat perkembangan, kelakuan, pertuturan, perubahan dan 1001 mcm lagi yang x boleh aku katakan. Alhamdulillah anak aku sudah menginjak ke usia 4 tahun.

Dikalangan keluarga, Amni ni seorang anak yang lincah dan agak kasar maka x kisahla kalo si along selalu cakap dia x sayangkan Amni yer la dia sangat2 suka kacau dan memunahkan barang2 si along dia. Dengan si adiknya esp Yumna plak..walaupun berbeza hanya 2 tahun aku harap mereka  boleh menjadi geng tp sebaliknya...x boleh duduk rapat mesti bergaduh punya si Amni ni sangat2 suka mengusik si Yumna dan si Yumna plak seorang yang sangat sensitif apa lagi bila di usik menangis la...

Tetapi dah nama perempuan tu kan, di sebalik kekasaran dan kelincahan kelakuan, terselit juga jiwa yang halus dalam diri Amni ni. Internally, Amni sangat2 manja, dia x boleh orang marah2, kalo kita ckp marah2 dengan dia tobat dia buat x tau saja tetapi kalo kita softly speaking dengan dia...insyallah she will listen and follow but biasala budak2 sometimes dia x fokus.

In the family, aku panggil dia amni aka my cinderalella sgt2 suka bila dipeluk, tp harus diingat dengan aku aja...yer dia suka dipeluk tetapi dengan orang lain jangan harap la ye...malah now pun aku dah slowly teach her if guys pegang2 pipi ker cuit2 tangan ker..aku suruh dia ckp 'dont touch me'kekekkeeke..bukannya apa skrg ni dengan masalah rogol budak2 ni ..aku jadi lebih berhati2...kekekke...Di usia 4 tahun juga Amni dah aku hantar ke sekolah same school with her brother Genius Aulad.  Sbb aku hantar dia ke school sbb bila dia dok kat umah ni keja dia asyik mengadap karton aja..so bila pi school tu ada juga la knowledge yang dia dapat x der la 100% belajar dari tv.  Then lagi satu...amni yang kelakar nya dia sangat2 la pelat...esp dia x boleh sebut huruf 'R''.  Cth..roti dia sebut yoti...rambut dia sembut hambut...so agak kelakar la juga bila orang dengar dia cakap and believe me hanya aku dan abgnya sahaja yang faham apa yang dia cakap..kekekkeeke..cikgu dia pun faham gak..tp agak lambat la juga nak understand what she say..

Why orang x faham bahasa Amni ni...sbb 70% dia cakap in English di tambah dengan kepelatan dia tu maka jadi la bahasa nak ckp ala2 France pun bleh la juga sbb tu la susah orang nak faham apa yang dia cakap. Kelakar kan...x pa la kakak...orang x faham pun asalkan mama faham apa yang kakak nak sampaikan..so bila dah pergi school ni lagi banyakla vocabulary dia..

Itu ler serba sedikit tentang Amni ni kalo x cerita memang panjang bebenor citer tentang anak dara aku ni...tp cukupla sedikit..mana bleh citer semua shame2 la kan...kekeke

Kakak...wish u Happy Birthday, May God Bless u alwayzz semoga jadi Anak yang solehah...ketahuilah kakak mama sangat2 sayangkan kakak walaupun selalu sgt kena cubit..kekekkee...biasa la noti sgt..
Harapan mama semoga mama boleh menjadi mama and best friend for ever buat kakak...i luv u..sayang...

August 8, 2011

Dialah segalanya....

Assalamualaikum....


Today 08/08/2011.....entry ni ditujukan khas untuk insan yang tersayang...sapa lagi hubbyku yang tercinta....

Control hensem

Engkaulah anak harapan kedua ibu bapamu, sanggup berbakti terhadap keduanya..walaupun tak terbalas jasa keduanya tetapi engkau lakukan sehabis daya....anak bongsu kesayangan semua anak manja buat si ibu, anak paling nakal buat si ayah dan adik yang memeningkan kepala buat abang dan kakak-kakak..sunggupun begitu engkau tetap disenangi dan disayangi semua kaum keluarga...



Engkaulah juga segalanya buat isterimu, teman, sahabat dan suami yang terbaik buat isterimu. Dikala isterimu di dalam kesusahan, engkau datang meringankan bebannya...dikala isterimu gembira, engkau tambahkan dengan senyuman, tika isterimu kesakitan engkau bersama menggengam tangan merasai sebahagian kesakitan...tika isterimu kesesatan engkau hadir memberi bimbingan....

Teman, sahabat, groupmember,classmate and teamate,kekasih,lailing dan suami tercinta

Engkaulah segalanya buat anak-anakmu, along, angah dan achik..menghiasi segala gelak tawa anak2, sanggup berkorban nyawa dan harta demi anakmu tercinta, bekerja kuat buat anak2 mu untuk memastikan anak2 mu hidup penuh terbela, sanggup bersengkang mata tatkala anak2 mu kesakitan...sanggup menempuh kesusahan demi kesenangan anak-anakmu..

Wit along, angah n achik..

Terima kasih yang tidak terhingga atas pengorbanan yang telah engkau korban dan curahkan kepada diriku, ibu bapa dan anak-anak2mu..Isterimu ini sentiasa mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan dan kasih sayang berkekalan sepanjang hayat. Terima kasih yang tidak terhingga kerana menerangi hidupku dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang...

Buat dirimu suamiku aka papa @ Mr Singautara
Selamat Menyambut Ulangtahun yang Ke 34...Semoga dirimu sentiasa diberkati Allah, dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia dan dirahmati Allah hendaknya....

Happy birthday to u....

June 23, 2011

Happy birthday to Yumna Auni 1 yrs Old...yeahuuu

Assalamualaikum semua...
Hari ni aku nak citer pasal anak dara aku yg sorang ni...today 23/06/2011 genap la setahun usia anak dara aku yg sorang ni Yumna Auni, budak yang paling lembut dan manja sangat2 dlm family ni if compare ngan kakak dier la. Tak sangka sungguh dah setahun dah Yumna so as usual as a mother of coz kita akan doakan sentiasa yg baik2 saja buat anak tercinta tambah2 anak perempuan kan..mesti la jadi geng mama. Birthday parti aku dah buat in advance dah...kekekekeke last saturday together gether with kakak dia punya birthday so alhamdulillah la majlis berjalan dengan lancar dan jayanya...terima kasih la kengkawan yang sudi menghadirkan diri ke majlis tersebut...toche..toche..

Ha ni la dia budaknya..kekekek masa ni aku paksa dia suruh pakai tudung ni tp macam x ikhlas aja muka dia...kekkekeke


Apa perkembangan si Yumna yek bila dah genap2 setahun ni...hermmm macam spt yg aku ckp la..compare ngan anak2 aku yg lain Yumna la paling lambat segala-galanya kalo along ngan angah dulu 9 bulan dah jalan by 1 year dah steady dah berjalan...tp yumna now baru langkah 2, 3 tapak daaa....pas tu merangkak balik..bila suruh balik tak nak dahhh....yer la manja kan...


Gigi dia baru tumbuh 1 batang tu pun last 3 weeks la baru timbui setelah sekian lama aku dok perati gusi dia membengkak. Cousin2 yg lebih kurang dia tu dah 4 ke 8 batang gigi dah tumbuh...tak pa la bab gigi aku x kisah...lambat tumbuh lambat la luruh yer dak...


Semenjak gigi dia tumbuh tu kejanya mmg x der lain lain asyik menjelir lidah aja agaknya gatai gusi la kott...yg bengangnya bila aku bagi teethier tu x nak la plak dia mengigit rugi duit aku tau beli teethier tu dicampaknya ngko...agaknya gigit lidah lagi best kot...so mmg slalu la dia dok menjelir lidah ni..kelakar aku tgk...

Gambaq ni plak bila dia sendiri berdiri...mcm gayat aja muka aku tgk masa ni baru melangkah 1 tapak datang kakak dia pi tolak la plak dia agaknya sbb tu la minah ni lambat jalan fobia takut kena tolak..tp bila dok dalam walker tak nak plak dia lebih suka bebas, free and easy and the main port fav dia skrg apa lagi tangga ler...sekejap jer panjat tup..tup..bila smpai atas tu terjerit2 dengar suara dia....suker la bangga wokeh...



Ni satu lagi aksi menjelir lidah...see..see..betulkan aku ckp mmg minah ni skrg suka jelir lidah..mostly gambaq dia skrg semua lidah terjulur...

Yumna ni skrg pantang betul tgk aku..agaknya dia bleh rasa kot dia dah nak dpt adik..siannn kat dia...mcm aku ckp la dia ni lambat serba serbi yg cepatnya dpt adik aja...dah la dia yg paling sekejap aja menyusu badan if compare ngan along ngan angah dia almost 2 years la gak menyusu badan tp dia ni almost 8 months aja then dia sendiri yang tak nak...stop sendiri aja...x pa la yumna mama mmg sayang sgt2 kat Yumna.

Anak dara aku ni gak standard la ...mcam kakak dia gak tak mesra camera dan tak mesra alam serius aja esp bila nak tangkap gambaq la..kalo along tu...terkenyihhh sakan. tp bagi ok gak la kot..takut sket org nak hampir kan besaq2 esok..kalo terover mesra pun risau jugak aku...


So tu jer la kot sempena Birhday Yumna ni...tp paling sweet skali aku dah bleh dengar dia panggil aku mama...consider ringan mulut juga la Yumna ni so to Yumna anak mama yang paling soft and humble ni...Happy Birthday to U sayang,,, Be a nice girl and sister and we love u very much kak cik la yek panggilan nanti..Insyallah bila dah dapat adik bleh la panggil Kak Chik....

February 2, 2011

02.02.2011

Assalamualaikum...

First of all wanna to wish to my sis in law, K ida Happy Birthday to U. May God Bless u always with ur hubby and cute kids. Pada tarikh yang sama ler gak 7 tahun lepas tarikh ni la gak aku bertunang dengan my luvly hubby aka singa. So kira anniversary for bertunang la. Majlis merisik ngan bertunang di buat sekali la kat umah aku kat Sungai Petani tu.

Ekceli ada record yang tercatat la masa bertunang aku tu. Rombongan merisik ngan meminang tu datang 10 biji keta oooooo and till now baik belah aku mau pun belah laki aku tak der sapa yang pecahkan rekod lagi majlis bertunang rombongan datang ngn 10 biji keta...wahai kaum kerabat ku sekalian...sama yang nak break the record ni...cepat,,,cepat..

So time bertunang ni since ekonomi pun x berapa mantap lagi keja pun huru hara lagi..aku pakai baju kaler oren susu aka beach ke pitch yek...aku pun x tau..make up pun sendiri ajo...time ni aku x pandai make up x join pun Marry Kay lagi...

Tempoh pertunangan aku setahun 4 hari..so korang bleh agak2 la bila anniversary aku tu yek...uhhukkk my anniversary just around the corner...

Tp anniversary kali ni x der plan apa ler...dinner, present , semuanya x terfikir la...tp yg best nya kitarog celebrate kat kampung wit kids....itu la yg best nya...

wokeh la aku kt kampung ni..chow dulu...daaa

WASSALAM

January 23, 2011

Janji yang dah tertunai....

Assalamualaikum....This is my son Yazid Ajmal. Last 2 weeks, he turned to 5 years old..on 7th of January....alkisahnya...birthday dia dah awai2 thn kan...makanya bzz la semua org..ngan mak bapak nak masuk anak sekolah la...cikgu2 nak susun atur jadual la...nak pujuk2 budak2 yang dok cry kat sekolah la..maka tak dapatla aku celebrate birthday dia on that day...but aku promise ngan dia aku akan bawak gak kek pi sekolah dia this year..since last year pun mcm tu gak..sudah2 bzz ke sana ke mari...sampai sudah aku tak bawak...tu la ngko along...tak besttt ler birthday awai2 ni....x nyempat2 nak kuar ngko dr perut mama ni.....


So thursday hari tu kan Thaipusam, on friday aku ambik cuti la....alang2 satu hari aku nak pi kerja...kan...the main agenda adalah untuk menunaikan janji aku pada anak bujang aku ni la...dah berpuluh2 kali dok remind aku pasal kek hari jadi dia ni....pas tu wat ayat syahdu syahdan...citer pasal mama member2 dia semua bawak kek kat school..ada kek ben10 la, kek pricess la..kek sponge bob la

"Ok..ok..la mama promise mama bawak kek this friday..."

Dah kawtim siap2 ngan teacher dia..so siap...9.45 recess time..aku pun pi la rombongan cik singa...pi ke GA....



Ni la kek request by ajmal...dia nak kek Ben 10...idola dia ler now... semua nak ben10 apa yg besh sgt pun idak ler mak tau...


Ni masa aku smpai...mmg kelas dia tengah rehat....dokkusyuk ler tgk kat Teacher tu...smpai mak pak ngko sampai pun ngko tak sedar yeee along.....bila aku lalu depan dia...ha..ngko senyum lebbbaarrrr la.....tambah tgk aku bawak a big box cake kan....ok..mama dah tunaikan yek janji mama...so...promise...dnt be noti2 ..listen to mama n papa yek..



Masa ni dah teruja nak tengkok kek..nak bangun takut teacher marah..behave along..behave ok..

"ok class...today Yazid bring his cakes...for last 2 week is yazid's birthday...Everyone plz sing happy birthday song...to our friends, Yazid Ajmal"
"Happy Birthday 2 u..Happy Birthday to U
Happy birthday to Yazid Ajmal, Happy Birthday to U....
.

ha..ngko...budak2 nyanyi...dah teacher suruh nyanyi kan..apa lagi nyaring betul suara budak2 ni...ha..along apa lagi potong ler kek tu..kasi kat kengkawan....


Amboi..dah dapat kek...terus tak tengok kiri kanan noooo faveret dia...ler katakan..kali ni aku ambik Oreo kek...sedappppp ooooo mmg aku tau bdk2 kan mmg suka biskut oreo..nak ambik chocclate kek..bosan plak kan...ni selera bdk2 ka selera mak bdk ni...



Kasi piece sama papa ngan mama..tanda dah puas hati coz aku dah tunaikan janji...pas ni jgn ungkit2 lagi yek....belajar rajin2 tau..jgn malas2 solat...jangan malas2 belajar....


Lastly sebelum aku beredar....moh la..kita tangkap gambaq classmate ajmal..Ni la classmate dia...suka aku tengok muka bdk2 ni kan..suci aja....muka yang penuh ceria..yg tulus dan mulus...kiut sgt...

Itu la citer janji yang dah tertunai...alhamdulillah insyallah tahun depan kalau ada rezeki dan kesempatan bleh la buat Birthday party...thn ni...tahun berjimat cermat..kita wat ala kadar jer la yer along...

Wassalam.

January 8, 2011

Ajmal Turns to 5 Yrs Old

Assalamualaikum....

Lambat sket entry ni kuar..actually entry ni kena kuar kelmarin, 7th of January genaplah my son Yazid Ajmal 5 yrs old. Tu yang tak syoknya birthday bulan January ni...baru masuk tahun baru dah meningkat umuq tu..cepat tua ler ngko ajmal. Plan nak hantaq birthday cake kat school dia but since the teachers still bzz lagi minggu2 pertama ni so we all terpaksa ler postpone kan..last year pun mcm tu gak..sudahnya x hantaq langsung birthday cake kat school dia. No celebration pun even sebijik cake pun x beli kat dia...kekekekkee kesian betul ler anak mama ni...ala...mama dulu pun mana ada celebrate2 birthday ni.Wan Tam ngan Tok abah dulu gaji kecik...takdak nya tiup2 cake ni. cukup la bgi kiss dan berdoa semoaga menjadi anak yang soleh ajaa....tp budak2 zaman skrg ni bkn main..yer la peredaran zaman kan...

So since hubby aku pun keja shift siang today idaklah aku bersemangat nak beli cake bagai...nanti..nanti la yekkkk alongg...

So sempena birthday along yang Ke -5 ni mama n papa nak buat la beberapa wish...hopefully bila along dah pandai baca nnti harap along bleh full fill impian mama ngan papa yek..

1. Sebagai anak sulong dalam keluarga mama n papa harap along akan menjadi anak yang soleh, taat pada perintah Allah, hormat pada ibu bapa dan orang tua.

2. Sebagai abang, harap along dapat menjaga adik2 along sebaik mungkin macam menjaga nyawa along sendiri, jadi protector pada adik.

3. Jadi contoh yang terbaik kepada adik-adik, dalam semua bidang,,, baik untuk mama n papa, agama, bangsa dan negara.

4. Semoga along rajin-rajin belajar, jangan malas2 yeee...

Cukup untuk setakat ini dulu...nnti mama sambung lagi yeee impian dan harapan mama..


HAPPY BIRTHDAY ALONGGG

August 8, 2010

08.08.2010

Today birthday hubby...

To my lovely hubby..happy birthday to you. Sorry no celebration today mama bzz ngan baby baru ler... Kan setiap tahun tiap kali ur birthday kita gi vacation..tp this year mama bersalin ngam2 baru habis pantang plak..then nak masuk Bulan Ramadhan pulak so kita mengimarahkan bulan Ramadhan yang bakal menjelma aja la yee...dengan doa semoga Ramadhan kali ini lebih mendekatkan kita dengan PENCIPTANYA. Amin..

Sayang..HAPPY BIRTHDAY TO YOU. Thanks for shining my life and hope we will be happy family forever and ever. Muacchhh...

May 15, 2010

HAPPY BIRTHDAY MY LITTLE DIVA,,,AMNI...

Assalamualaikum....



This is my little princess and diva YUSRINA AMNI. Today is her birthday..Aku lahirkan Amni tepat jam kat bawah tu...bkn pagi yek..tengahari..sbb tu panas aja dia ngan mak dia ni...kata org tua2 la....



Ni jam kat hospital Metro SP

Ni pas terkeluaq dari perut aku...uhuk..miricle..

Pengalaman melahirkan Amni pun aku berdebar2 la gak..even ni 2nd baby..aku pressure kiri kanan bkn pressure apa pun dok pikiaq nak beranak kat mana ..bleh..kat kedah ker kat KL...itu pun menjadi masalah besaq bagi aku..kekekekkee..lawak sungguh..

Ni masa belum bagi mandi lagi...

Mak aku mmg dah standby 2 weeks before aku deliver..tp dia pun dok pujuk aku pi balik beranak kat Kedah...sbb biasala org tua kan dia prefer jaga2 pantang kat umah dia ni..lagipun kt kampung senang kan..nak tanam uri ka..tanah mmg banyak...nak buat2 ayaq mandi pun banyak ramuan2 bleh pi cari2 aja keliling kampung....kan..

Ni pas dah bagi mandi...ermmm syoknya bau baby...manis


Sehari before aku deliver tu..aku gi check up kat KPMC Puchong..wow..time tu dah opening 1 cm ngkoo lagi la aku psiko..Doktor plak mcm nak bagi x bagi aku balik Kedah...yer la ni kan 2nd baby kan masa 1st baby tu mmg la org kata lambat sket ni dah 2nd buat dia cepat nayaaa....Time tu plak Doktor Gyne kat KPMC tu plak nak gi Umrah kot..so dia pun x prefer aku bersalin kat KPMC hampesss dot com betul..laki aku dok tanya nak balik kedah ker..dok desak aku mampus aku blur..time tu aku x leh pikiaq aku nak org aja buat keputusan kat aku. Pikiaq punya pikiaq lastly dass shoot balik kedah....

Ni masa dalam pantang..ermmm syoknya..

Time dalam keta tu aku tak la sakit sgt..kadang2 tu aja..ajmal plak buat perangai nak menempek aja kt aku ni..x nak sit with bibik ngan Wan Tam...dah macam Kola bear aja menempek kat perut aku dah la aku tgh sakit perut..tp aku tetap cool....Yang mak aku plak tak bersuara sepanjang2 perjalanan tu..yer la ngko..dia yang over berdebar2..ketaq perut...tp alhamulillah perjalanan smooth aja..aku tak tau la brpa laki aku pecut tu...sampai masuk tol SP Selatan tu baru la dengaq mak aku bersuara..bila nampak plak HOSPITAL METRO yang tersergam indah tu lagi la dia lega...bila smpai x da la plak aku terus gi hospital..aku siap makan2 melantak punya walaupun sakit...kekekkekeke.

Petang sket baru aku gi spital time tu dah opening dlm 4 cm leh kerana hospital metro tu ngan umah aku secoit aja jaraknya...aku x nak la admitted kan..what for..baik aku lepak kt umah ..lg aku dok spital lagi psiko aku ni...

Esoknya baru la aku rasa kerap2 sakit cepat2 gi spital..bersalin kan amni ni sungguh pantas, cepat dan tuntas...masuk hospital sakit bagai nak gila...golek kiri kanan terus masuk labor room terusss selamat...x da la macam Ajmal dulu...2 pengalaman yang berbeza..kekeke

Akhirnya aku selamat melahirkan amni jam 2 petang..erm bill amni ni murah sket la..sbb time waktu keja ngko..x mcm ajmal dulu dah la di keheningan awal pagi..time cuti plak tu wwooo semua double charge....kekekekeke..x pa la duit bleh cari....kan..

Wit papa and along ...laki aku standard tiap kali dpt anak mesti botak kepala kasi ringan itu kapla after habis ribu raban....kekekeke

Pejam celik pejam celik jap aja Princess kesayangan aku ni dah 2 tahun ganas bkn main ngko...x da ciri2 feminin langsung aku ni punya la keciwi nak wat koleksi barbies ka teddy bear ker alih2 suka main hotwheel ngan ball ngko..suka bergusti ngan abg dia...haiya...habis la anak dara aku sorang ni...mahal dengan senyuman susah la esk besaq nnt sapa nak dekat dgn dia...mau dikasinya side kick kalo x kena cara kekekeke...

Buat Yusrina Amni sayang mama...doa dan harapan Mama semoga Amni jadi anak yang soleh yang menjadi kebanggaan mama dan papa, keluarga, agama dan negara..We love U alwayzzz


HAPPY BIRTHDAY TO U...FROM PAPA, MAMA AND ALONG AJMAL..

p/s : nota kaki : After 2 weeks deliver amni aku kena operate ...hari ni laki aku balik kl after seminggu cuti elok smpai KL pukoi 4 pagi tu along aku telefon aku admitted. After check rupanya aku kena appendiks...kena operate..dasss laki aku pecut balik SP plak...sudahnya masa balik KL kena saman masa balik SP pun kena saman....dugaan....mmg laki aku jadi Goltart ker Michale Schumacer ker aku tak tau laaaa..

July 29, 2009

Disebalik kegembiraan..adanya kesedihan..

Assalamulaikum

Seperti yg aku war-warkan dlm entry sblm ni..today is my birthday..pagi2 lagi aku happy sgt since aku masih lagi diberi ruang untuk menghirup udara segar di muka bumi ni..kat ofis pun ada buat celebrate ngan ofismate..even we share four of us to organize the celebration but of coz aku ler paling happening since the celebration falls under my birthday date...alhamdulillah everything goes well..ermm i'm happy sesangat sambil menerima wish frm member2..TQ semua...

But disebalik kegembiraan adanya kesedihan when one of my ofismate telah kehilangan suaminya yang tersayang. we rushed to HUKM and alhamdulillah sempat ler tengok jenazah sebelum dibawa pulang..Untuk k bah..banyak2 kan la bersabar..semoga roh suaminya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yang beriman. Amin..

Alfatihah buat arwah suami K Sabariah..



i am 31 oredi







all for one, one for all




Our birthday cake



Proud to be Aziana

August 13, 2008

Sweet lovely dinner

Tiada lagi Rahsia

We had sweet romantic dinner here...sempena celebrate my hubby's birthday 08.08.08..Eventhough his birthday but he still the one who need to pay...wakakkaka..ekceli every year during my birthday my hubby always bring me for romantic dinner...but since the time quite bzz..so we decide to went out during his birhtday..slamat ler birthday we all ni dekat2 jer..selang satu minggu..and then...time akhir bulan ngan awai bulan..so time tu duit pun tgh berkepuk lagi dalam bank..leh ler beli presie..anyway layan ajoo la...gambaq yek..
so far makanan dia so..so ..aja la..fetucinni dier sedap...hubby ambik lamb steak..tk ler sedap sgt..aku ambik chicken apa yek..tak ingat dah nama menu dia..sedap gak...
but the environment so romantic...tp bring ajmal kan..kacau bilau ler jadinya....



Papa ngan senapangnya..mama pun tetap ngan pistolnya...faham tak..tak faham sudahh..



We are happy family

August 8, 2008

Hepi birthday hubby...


What's inside...surprise..surprise..surprise...

08.08.08 is a great numbers...today is my lovely hubby's birthday...
hope God will bless u always sayang...dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki yang berpanjangan..
Semoga menjadi suami yang soleh...great dad to our kids...insyallah.. present to him....


Ekceli i do have a special occasion to him..but cancel for last minit...
nothing to give just a simple present to him...from me, ajmal and rina...

Happy birthday papa...we love uuu so much


Nuffnang2